Piala Malaysia

Dibelasah JDT, Kedah beri alasan tiada pemain utama

JOHOR BAHRU 11 Ogos – Pengendali pasukan Kedah, Mohd. Nidzam Adha Yusoff berkata pemainnya terlalu memberi ruang kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menyebabkan skuad Lang Merah kalah teruk 5-1 dalam persaingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam tadi.



Katanya, ketiadaan beberapa pemain utama yang terpaksa direhatkan disebabkan kecedera­an dan sedang menjalani latihan bersama skuad bawah 23 tahun negara turut menjadi faktor pasukannya beraksi longlai menentang skuad utama JDT.

“Kami tahu mereka akan mempamerkan corak pantas dan ini menyebabkan kami me­lakukan kesilapan dengan memberikan pemain lawan terlalu banyak ruang untuk bergerak bebas dan melancarkan gerakan.

“Perkara ini dapat dilihat pada babak kedua apabila JDT menggunakan kesempatan itu sehingga mampu meledak empat gol. Kita perlu membentuk semula pasukan menjelang pertemuan menentang MIFA FC di laman sendiri pada Jumaat ini bagi memburu kemenangan pertama,” katanya.




Kedah beraksi di Larkin tanpa beberapa pemain utama seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Ifwat Akmal Chek Kassim dan Akhyar Rashid yang kini bersama-sama skuad bawah 23 tahun manakala Khairul Helmi Johari dan Liridon Krasniqi masih dibelenggu kecederaan dan belum pulih sepenuhnya.

Sementara itu, pemain tengah Kedah, Muhammad Akram Mahinan turut berpendapat ketia­da­an sebilangan pemain utama memberi tamparan hebat buat Lang Merah hingga gagal mempamerkan aksi sebenar malah teruk dibelasah skuad penyandang juara Piala Malaysia iu.

“Kami beraksi dengan baik dalam babak pertama namun tahap keyakinan pemain merosot apabila JDT menjaringkan gol kedua pada awal separuh masa kedua sekali gus menyebabkan kami mengalami kesukaran untuk kembali bangkit.

“Saya berharap pasukan Kedah akan kembali bangkit dan mempamerkan disiplin yang tinggi bagi menentang MIFA di Stadium Darul Aman,” katanya.



Comments

comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!