Hadi Fayyadh

Hadi Fayyadh ledak dua gol bersama Roasso Kumamoto

Image result for Roasso Kumamoto hadi

KUALA LUMPUR: Penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak terus memukau barisan kejurulatihan Roasso Kumamoto dengan aksi memberangsangkan sepanjang latihan bersama kelab divisyen dua (J2) Liga Jepun itu.

Penyerang berusia 18 tahun itu tidak melepaskan peluang keemasan apabila diberi kepercayaan mengemudi barisan serangan pasukan itu pada aksi persahabatan bertemu kelab dari Shizuoka, Shizuoka Gakuen yang berlangsung di Padang Akademi Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), kelmarin.



Pada aksi terbabit, penggempur Johor Darul Ta’zim II (JDTII) itu berjaya meledak dua gol sekali gus membantu pasukan yang terkenal dengan julukan ‘Kuda Merah’ itu meraih kemenangan 5-2.

Penyerang tinggi lampai itu nyata berpuas hati dengan selepas membantu pasukan itu meraih kemenangan sambil menyifatkan latihan yang diterimanya sangat baik sekali gus membantu meningkatkan kemahirannya.

“Saya belajar banyak benda baru di sini terutamanya berkaitan imbangan dalam bola sepak.

“Penggunaan padang sintetik di sini bukanlah suatu perkara yang baharu bagi saya memandangkan saya juga pernah berlatih dengan padang seperti ini di Malaysia.

“Perbezaannya cuma bola bergerak lebih laju berbanding padang biasa dan ia bagus untuk pembangunan seorang pemain.

“Saya begitu selesa dan boleh menyesuaikan diri bersama mereka. Walaupun ada sedikit masalah bahasa, namun ia bukan halangan dan saya akan mempelajari bahasa Jepun sekiranya berpeluang menyertai kelab ini nanti,” katanya.




Sementara itu, kelibat Hadi mencuri tumpuan Pengarah Teknikal Roasso Kumamoto, Hideaki Fujiwara yang melontarkan pujian terhadap bakat dan kemahiran yang dimilikinya.

“Hadi memiliki kemahiran antara yang terbaik dalam pasukan ini dan cepat menangkap apa yang jurulatih arahkan selain pantas mengawal bola.

“Dia juga mempunyai semangat berpasukan dan sentiasa merendah diri yang membuatkannya mudah di terima oleh rakan sepasukan.

“Saya percaya Hadi mampu pergi lebih jauh sebagai seorang pemain bola sepak yang baik di masa akan datang,” katanya.

Untuk rekod, Yakult Malaysia Sdn Bhd menaja Hadi Fayadh serta ayahnya, Abd Razak Abd Wahab bagi menjalani latihan di Jepun bersama Roasso Kumamoto.



Comments

comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!