FAM

Tugas pengadil kian mencabar

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan

PERANAN pengadil yang mengendalikan perlawanan kian mencabar berdasarkan corak permainan yang dipamerkan pemain semakin berubah mengikut generasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd. Salleh (gambar) memberitahu, kehadiran ramai pemain muda membawa perubahan terhadap tempo permainan dan keadaan tersebut memberikan cabaran baharu buat pengadil yang telah berusia.




“Tempo permainan ketika ini semakin laju dan sangat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini.

“Pelapis baharu yang hadir seawal usia belasan tahun mempunyai kekuatan dan stamina yang luar biasa apabila beraksi di atas padang.

“Pemain muda atau pelapis baharu sering melakukan serangan balas pantas dan keadaan tersebut memerlukan pengadil yang benar-benar cergas untuk mengendalikan perlawanan sedemikian rupa,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.




Berhubung situasi tersebut, penggunaan penolong pengadil tambahan (AAR) sangat penting terutamanya apabila mengendalikan perlawanan peringkat atasan dan aksi yang dijangka menjadi tumpuan ramai.

“Penggunaan AAR sangat membantu tugas pengadil terutamanya untuk membuat keputusan yang sangat kritikal dalam kotak penalti.

“Ada kalanya pengadil utama tidak sempat berada dalam jarak yang sepatutnya bagi menentukan sebarang keputusan dan situasi ini menyebabkan AAR memainkan peranan yang penting terutamanya untuk mengesahkan jaringan atau menentukan sesuatu kesalahan dalam kotak penalti wajar dihukum atau sebaliknya,” ujarnya.

Saingan Liga Super dan Premier pada musim ini dikendalikan oleh 140 pengadil yang berusia antara 23 hingga 47 tahun.



Comments

comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!