Mohamed Salah

Salah Perlu Rehat Sebulan, Bakal Terlepas Peringkat Kumpulan Piala Dunia

MADRID: Kecederaan bahu dihadapi bintang Mesir, Mohamed Salah memaksanya berehat selama tiga ke empat minggu, kata fisioterapi Liverpool.




Keputusan itu memaksa penyerang The Reds itu mengejar masa bagi membantu Mesir beraksi di kempen Piala Dunia ketiga dan pertama kali dalam tempoh 38 tahun.

“Dia sedih atas apa yang berlaku tetapi fokus sepenuhnya terhadap proses pemulihan, untuk melihat bila dia akan sedia,” kata fisioterapi pasukan, Ruben Pons kepada akhbar Sepanyol, Marca.

“Secara prinsipnya, ia di antara tiga ke empat minggu tetapi kami akan cuba mengurangkan harinya, ia adalah sasaran utama.”

Salah, 25, mengalami kecederaan ketika final Liga Juara-Juara membabitkan Liverpool dan Real Madrid, minggu lalu.




Mesir akan memulakan kempen Piala Dunia dalam Kumpulan A menentang Uruguay pada 15 Jun sebelum bertemu tuan rumah, Russia pada 19 Jun dan Arab Saudi pada 25 Jun.

Ia bermakna jika Salah memerlukan empat minggu untuk kembali cergas, dia masih boleh beraksi pada peringkat kalah mati jika Mesir berjaya layak.

Mesir menempah tiket ke pusingan akhir di Russia selepas Salah meledak gol menerusi penalti pada minit ke-95 ketika mereka menewaskan Congo 2-1 pada Oktober tahun lalu.

Salah yang meledak 44 gol dalam penampilan sulung bersama Liverpool susulan perpindahan dari Roma musim lalu dinamakan sebagai Pemain Bolasepak Terbaik Inggeris oleh Persatuan Penulis-Penulis Bolasepak bulan ini. – REUTERS



Comments

comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!