Liga Malaysia

VIDEO Pahang pamer prestasi terbaik dalam Liga Super

Image result for pahang negeri sembilan 4-0

KUANTAN 11 Mac – Kemenangan Tok Gajah dengan membelasah Negeri Sembilan 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini semalam membuktikan skuad berkenaan mampu melangkah lebih jauh dalam sai­ngan Liga Malaysia musim ini.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata, kemenangan itu dilihat sebagai persembahan terbaik dipamerkan anak buahnya setakat ini.



“Kami buat apa yang dirancang dalam sesi latihan dan pemain menterjemahkannya dalam perlawanan, sekali gus mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

“Bagi saya, persembahan yang ditunjukkan adalah yang terbaik setakat ini. Jika corak permainan seperti ini dikekalkan, saya rasa Pahang akan pergi lebih jauh,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan itu.




Dalam perlawanan berkenaan, dua tonggak import Pahang, Patrick Cruz dan Forkey Doe menjadi wira Tok Gajah apabila masing-masing menjaringkan dua gol.

Selepas lima perlawanan, skuad Tok Gajah menduduki tangga kedua liga dengan mengutip 10 mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengumpul 12 mata.




Sementara itu, pengendali Ne­geri Sembilan, Azraai Khor Abdullah berkata, kegagalan mengawal rentak permainan lawan mengundang padah kepada pasukannya.

“Faktor kecederaan yang dihadapi pemain juga memberi kesan terhadap persembahan pasukan hingga dibolosi empat gol.

“Saya akui banyak kelemahan dipamerkan walaupun pada sesi latihan mereka mampu melakukan yang terbaik. Sebaliknya, kegagalan mengawal tekanan dan perasaan gugup menyebabkan Pahang berjaya mengawal perlawanan dan meraih kemenangan,” katanya.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!