Liga Malaysia

TFC yakin mampu tewaskan The Red Giants

Image result for terengganu fc 1

PENGENDALI skuad Terengganu FC (TFC) melahirkan keyakinan anak buahnya mampu meraih kemenangan ketika turun melayan kunjungan pendahulu liga, Selangor dalam aksi saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.



Menurutnya, walaupun skuad ‘The Red Giants’ kini berada dalam prestasi terbaik mereka selepas meraih dua kemenangan berturut-turut, namun itu bukan bererti pasukannya akan memberi laluan mudah buat mereka untuk mengutip mata.

“Malah keputusan seri dalam dua aksi sebelum ini juga tidak melemahkan semangat kami untuk bangkit mengutip mata penuh terutamanya bermain di hadapan penyokong sendiri.

“Jadi apa yang saya harapkan agar pemain lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan mudah yang akhirnya akan memerangkap diri sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.




Dalam pada itu, Irfan Bakti turut mengharapkan pemain tidak hanya meletakkan sandaran kepada Tchetche Kipre semata-mata untuk menjaringkan gol sebaliknya mengharapkan pemain-pemain lain turut mencipta jaringan.

“Dalam perlawanan sebelum ini saya lihat ada lagi beberapa pemain kita yang mampu menjaring kan gol seperti Saha (Mohd Ashaari Shamsuddin) tetapi masih belum menemui rentak jaringan dan saya harap perlawanan esok mereka mampu meledakkan gol buat pasukan.

“Apa yang pasti saya jangkakan satu perlawanan yang sengit dan pemain perlu bermain dengan lebih berhati-hati namun tetap agresif dalam memburu kemenangan,” katanya.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!