Barcelona

Countinho bantu Barca ke final Copa del Rey

Philippe Coutinho came off the bench for Barcelona at half-time and made an instant impression on the game 

MADRID 9 Feb. – Philippe Coutinho yang turun selaku pemain gantian meledak gol pertamanya bersama Barcelona untuk menang 2-0 ke atas Valencia hari ini, sekali gus mara ke pentas akhir Copa del Rey menerusi agregat 3-0.

Coutinho menjaringkan gol pembukaan Barca pada minit ke-49 dalam aksi separuh akhir kedua di Mestalla, setelah tiga minit memasuki padang menggantikan Andre Gomes.



Jaringan tersebut merupakan gol pertamanya sejak bintang Brazil tersebut menyertai skuad Catalan dengan rekod perpindahan kelab 160 juta euro (RM770 juta) dari Liverpool pada Januari lalu.

Ivan Rakitic kemudian menambah derita Valencia pada ketika saingan berbaki lapan minit, menyaksikan Barca mara ke final buat kali kelima berturut-turut, yang juga kelab pertama berjaya meraih pencapaian sedemikian.

Skuad bimbingan Ernesto Valverde itu akan berdepan Sevilla di pentas akhir sama ada pada 21 atau 22 April ini.




Sevilla menumpaskan Leganes 2-0 semalam sebelum mara ke peringkat akhir menerusi agregat 3-1.

“Bagi saya, ini merupakan final pertama saya. Jadi ia menjadi tempoh istimewa bagi diri saya. Saya sangat gembira, memang saya mencari gol seperti ini dalam beberapa penampilan awal saya.

“Hari ini, saya berjaya menjaringkan gol dan membantu pasukan saya mara ke pentas akhir,” kata Coutinho kepada stesen televisyen Sepanyol, Gol.- AFP

0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!