Johor Darul Ta'zim

Syafiq azam rebut kesebelasan utama JDT

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

Photo: Johor Southern Tiger

KEINGINAN untuk berada dalam barisan utama juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas amat membara buat pemain baharu pasukan itu, Syafiq Ahmad.

Justeru, pemain skuad bawah 22 (B-22) negara itu berazam untuk memikat pengendali pasukan, Ulisses Morais sepanjang sesi latihan bersama skuad Harimau Selatan itu sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula pada Februari.




Syafiq yang juga kelahiran Pulau Pinang, mengikat kontrak selama dua tahun bersama JDT baru-baru ini, selepas tidak menyambung kontrak bersama Kedah pada musim depan.

Ketika ditemui di sini, dia mengakui selesa dengan layanan diterima daripada barisan pemain senior pasukan yang begitu mesra menyambutnya menyertai pasukan juara Liga Super sebanyak empat musim berturut-turut itu.

Malah pemain berkenaan turut kagum dengan kemudahan serba canggih di pusat latihan Padang Seri Gelam yang bertaraf antarabangsa itu.

“Sebagai seorang pemain, sememangnya kami mahu menjalani latihan di tempat yang lengkap. Jelas JDT adalah tempatnya kerana segala-galanya begitu lengkap dengan padang rumput berkualiti dan pusat latihan tertutup selain gimnasium dan pusat rawatan canggih.

“Kita macam berada di Eropah ketika sesi latihan. Saya akui ia melonjakkan lagi semangat untuk memberi sumbangan terbaik buat JDT.

“Malah sepanjang empat hari menjalani latihan, kami ibarat satu keluarga besar. semua pemain senior memberi kerjasama dan saya sendiri tidak kekok ketika menjalani latihan.





“Malah saya cara latihan ketua jurulatih (Morais) lebih sistematik dan tersusun terutama latihan fizikal dan taktikal yang begitu berkesan serta tidak bercelaru. Ia mudah difahami dalam usaha meningkatkan tahap kecergasan,” katanya.

Syafiq yang membantu skuad B-22 meraih pingat Perak dalam acara bola sepak pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu, tampak optimis betapa ada ruang untuk menempatkan diri dalam skuad utama namun perlu berkerja keras lagi.

Katanya, latihan pra musim di Bangkok, Thailand yang bermula 8 Januari hingga 17 Januari ini menjadi medan terbaik untuk memperaga aksi konsisten apabila bakal beraksi pada aksi persahabatan nanti.

“Pada latihan pra musim di Bangkok nanti adalah peluang terbaik untuk membuktikan kelebihan yang ada pada diri saya.

“Saya tidak boleh merendah diri sebaliknya harus berdiri sama tinggi dengan pemain yang sudah ada nama sekiranya ingin maju.

“Saya akan buktikan kemampuan sebenar kerana kita tahu JDT adalah pasukan terbaik bukan saja di negara ini malah di rantau ASEAN.

“Sememangnya sebagai pemain saya harus bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik dan apa yang diutamakan adalah mengikut falsafah kelab berkenaan bagi meningkatkan lagi kualiti permainan,” kata Syafiq.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!