Juventus

Malang berganda buat Buffon, Barzagli

PEMAIN Juventus kelihatan muram selepas tewas 3-2 kepada Sampdoria

MILAN 20 Nov. – Selepas gagal membantu Itali layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018, Gianluigi Buffon dan Andrea Barzagli direhatkan oleh Juventus namun malang terus menghantui mereka apabila kelab gergasi Serie A itu tumpas 3-2 kepada Sampdoria.



Dua gol Juventus diperoleh ketika waktu kecederaan pada babak kedua selepas pemain Colombia, Duvan Zapata, Lucas Torreira dan Gian Marco Ferrari terlebih dahulu meletakkan Genoa di depan.

Penyandang juara Serie A enam kali berturut-turut cuba bangkit menerusi jaringan Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala namun usaha tersebut gagal untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata berharga.

Kekalahan tersebut menyebabkan Juventus turun ke tangga ketiga ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Napoli yang melakar kemenangan 2-1 terhadap AC Milan pada Sabtu lalu.

“Satu tamparan yang hebat untuk kami. Perlawanan seperti ini berlaku sekali setahun dan sukar untuk menjelaskan perlawanan ini dan pastinya menyebabkan anda tergamam.

“Kami perlu lebih bersabar walaupun keadaan tidak menjadi seperti yang diharapkan. Perlawanan yang panjang, anda perlu kekal bertenang,” kata pengendali Juventus, Massimiliano Allegri.




Allegri mengambil risiko apabila merehatkan penjaga gol, Buffon dan pertahanan Barzagli malah meletakkan Dybala di bangku simpanan.

“Buffon dan Barzagli baru sahaja berdepan dengan kekecewaan (gagal ke pusingan akhir Piala Dunia 2018). Selepas 15 hari mengalami tekanan bersama skuad kebangsaan, mungkin masa yang tepat untuk mereka direhatkan.

“Inilah bola sepak, drama yang seterusnya. Sesuatu yang jarang berlaku apabila Itali tersingkir ke pusingan akhir Piala Dunia namun kita perlu bangkit dan kembali berusaha,” kata Allegri. – AFP



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!