FAM

FAM, FMLLP Putuskan Kedah Tidak Layak Beraksi Di Piala AFC 2018

Image result for lesen afc kedah

FAM dan FMLLP hari ini mengeluarkan notis secara rasmi bahawa Kedah gagal dalam rayuan untuk mendapatkan lesen AFC. Keputusan ini sekaligus menafikan Kedah untuk bertanding di Piala AFC musim depan.

Petikan kenyataan dari laman web FAM seperti berikut;

Sebagai pemberi lesen, badan induk bola sepak kebangsaan dan ahli gabungan AFC, FAM bertanggungjawab dalam mencalonkan pasukan-pasukan untuk mewakili Malaysia pada Pertandingan Kelab AFC. Pencalonan ini memerlukan kelab itu memiliki Lesen AFC.

Penganugerahan lesen tersebut adalah berdasarkan Peraturan Pelesenan Kelab FAM yang dibangunkan bersama dengan FMLLP, selari dengan garis panduan AFC dan peraturan ini telah dihantar kepada AFC untuk mendapat pengesahan sebelum ia dilaksanakan di peringkat tempatan.



Berhubung isu Kedah, sudah jelas dan nyata yang hanya kelab-kelab yang memenuhi kriteria ditetapkan dalam peraturan mengikut tarikh akhir yang telah ditentukan oleh FAM akan diberikan lesen (AFC dan kebangsaan). Oleh itu, hanya dokumen-dokumen yang dimuat naik dalam Sistem Pentadbiran Pelesenan Kelab AFC (CLAS) sebelum tarikh ditetapkan First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM akan diteliti bagi memastikan lesen diberikan adalah benar-benar tepat.

Sehingga tarikh berkenaan, Kedah tidak menghantar penyata kewangan beraudit mereka yang merupakan kriteria wajib. AFC juga jelas menyatakan bahawa tiada dokumen luar dari sistem CLAS yang boleh dipertimbangkan. Ini bermakna, dengan tarikh akhir ditetapkan sistem CLAS dan tarikh FIB bersidang sudah dilewati, tiada pasukan dibenarkan untuk memuat naik apa juga dokumen tambahan.

Badan Rayuan (AP) Pelesenan Kelab FAM memilih untuk menerima penyerahan lewat penyata kewangan diaudit oleh Kedah bagi memberi mereka ruang untuk dipertimbangkan bagi mendapatkan lesen kelab di peringkat kebangsaan. Perkara ini dibenarkan kerana dalam peraturan tersebut terdapat pengecualian boleh dibuat dalam pemberian lesen kebangsaan.

Bagaimanapun, jika Lesen AFC turut diberikan dalam situasi ini, ia jelas satu tindakan yang tidak betul kerana mengikut rekod dalam sistem CLAS, tiada penyata kewangan diaudit yang telah dihantar oleh Kedah.




Jadi adalah satu keputusan yang betul untuk tidak memberikan Lesen AFC kepada Kedah dan mencalonkan pasukan lain yang telah pun memiliki Lesen AFC untuk mengisi slot ke Piala AFC. Andai Kedah diberikan Lesen AFC dan dicalonkan untuk ke Piala AFC, kemungkinan audit daripada pihak AFC bakal mendapati yang lesen telah diberi secara salah dan FAM akan dikenakan hukuman.

Sebelum ini KFA dalam kenyataan mereka telah pun menghantar dokumen yang diminta oleh FMLLP pada awal oktober lalu setelah permohonan awal telah ditolak akibat tidak cukup satu dokumen yang diperlukan.

KFA sehingga kini mendakwa belum menerima surat rasmi dari FMLLP berkenaan kegagalan mereka mendapatkan lesen AFC.



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!