FAM

KFA jumpa TMJ, Akui sambil lewa punca permohonan ditolak

Image result for persatuan bola sepak kedah

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) terpaksa menggunakan ‘talian hayat’ terakhir bagi memastikan impian mereka untuk beraksi di saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan tidak berkubur dengan memohon bantuan secara terus daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut sumber yang boleh dipercayai, KFA akan cuba membuat rayuan menerusi pertemuan secara tertutup bersama Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat.



“Pihak KFA bercadang untuk bertemu Tunku Ismail sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah ini dan berkemungkinan hanya ini saja jalan yang ada bagi memastikan Kedah dapat beraksi dalam saingan Piala AFC tahun hadapan.

“Berkemungkinan besar lokasi perjumpaan ialah di Kuala Lumpur namun tarikh dan masa terpaksa dirahsiakan,” kata sumber terbabit ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, KFA masih belum menerima sebarang makluman rasmi mengenai status skuad Helang Merah untuk menyertai kejohanan terbabit.

Sebelum ini, KFA yang berdepan dua isu besar sepanjang minggu lalu menerima satu lagi tamparan hebat semalam apabila tempat Helang Merah pada Piala AFC musim depan akan diserahkan kepada Pahang.




Sementara itu Pengurus pasukan Kedah Datuk Jeffrey Low gagal menyembunyikan perasaan kecewanya kerana kegagalan Kedah untuk bermain di Piala AFC tahun hadapan.

“Sambil lewa punca permohonan ditolak,” itu reaksi Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Jeffrey Low, yang tidak menyalahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) 100 peratus berhubung kegagalan Kedah beraksi dalam saingan Piala AFC, tahun depan.

Jeffrey bagaimanapun tidak mahu menyalahkan sebelah pihak berhubung isu Kedah yang gagal mendapatkan lesen kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang sekaligus menafikan penyertaan mereka dalam saingan Piala AFC tahun depan.

Melihat kepada situasi membabitkan KFA dan FAM, badan induk itu sendiri sudah berlembut dengan memberikan tarikh baru untuk rayuan selepas Kedah gagal menyediakan dokumen lengkap seperti yang diharapkan.

“Sepatutnya kami telah menyempurnakan prosedur yang ditetapkan oleh FAM tetapi ia telah dilengahkan. Jadi,  penyertaan Kedah dalam saingan AFC musim depan dibatalkan,” kata Jeffrey.

Isu tersebut yang diurus oleh Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar, gagal memuaskan hati pengerusi badan rayuan pelesenan kelab FAM, Dr Wirdawati Mohd Radzi, yang turut memutuskan KFA melengah-lengahkan isu itu hingga ke tarikh akhir 16 Oktober lalu selepas diberi peluang kedua. – HMetro/Stadiumastro



0

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!