Manchester United

Manchester United Terkilan Tidak Jadi Beli Zidane

MANCHESTER – Manchester United memiliki peluang untuk menyambar khidmat Zinedine Zidane ketika Alex Ferguson diberikan ‘lampu hijau’ untuk menandatangani bakal pemain bintang dunia itu pada tahun 1996, menurut bekas pengerusinya, Martin Edwards.

Zidane memberikan impak kepada bola sepak du­nia ketika mewakili Juventus dan Real Madrid dengan memenangi dua gelaran Serie A, La Liga dan Liga Juara-Juara.

Namun, kariernya mungkin sebaliknya jika Ferguson tidak menolak peluang tersebut untuk menandatanganinya tetapi disebabkan faktor mahu menjaga hati legenda The Red Devils, Eric Cantona, bekas pengendali United itu tidak berbuat demikian.




Pada tahun 1996, Edwards mendakwa United telah mendahului pasukan-pasukan lain untuk menandatangani Zidane ketika dia berusia 24 tahun dan bermain bersama Bordeaux.

Pun begitu, Ferguson kekal pendiriannya sebagaimana Zidane beraksi sama posisi seperti Cantona dan beliau bimbang konflik bakal berlaku jika menyambar khidmat Zidane yang kini menjadi jurulatih Real.

“Zidane dan Cantona bermain sama posisi dan Ferguson berpendapat, jika mereka membawa Zindane akan melukakan perasaan Cantona,” kata Edwards kepada BBC Radio 5 Live.





Malang buat United, Cantona kemudian bersara setahun selepas itu sekali gus membuatkan Edwards berasa janggal selepas gagal mendapatkan khidmat Zidane.

Selepas menolak United, Zidane berhijrah ke Juventus pada tahun 1996 dan menikmati prestasi cemerlang di Itali dan Sepanyol dan kini beliau berjaya memenangi La Liga, Piala Raja Sepanyol dan dua kemenangan berturut-turut Liga Juara-Juara sebagai jurulatih Real. – Agensi

Comments

comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!