Kedah

Gagal Bayar Tunggakan Gaji, Kedah Mungkin Disingkir Dari Piala AFC 2018

Image may contain: 1 person

Pemenang Piala FA Malaysia Kedah kesuntukan masa untuk mengelak daripada disingkir dari saingan Piala AFC tahun depan kerana kegagalan mereka untuk melunaskan tunggakan gaji bekas jurulatih David Mitchell.

Bekas pemain antarabangsa Australia, Mitchell, yang melatih Kedah dalam tempoh tiga bulan pada permulaan musim 2014, membawa kesnya ke FIFA selepas Kedah gagal membayar pampasan AS $100,000 berikutan pemecatannya pada April tahun itu.

FIFA mengarahkan pembayaran dilakukan tetapi Kedah masih belum melunaskan pembayaran itu sehingga kini, walaupun permintaan dibuat oleh peguam Mitchell dan tarikh akhir yang ditetapkan telah pun tamat.

Tanpa pembayaran itu, penglibatan Kedah dalam persaingan Piala AFC akan berdepan masalah apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mementingkan kewangan kelab yang menyertai pertandingan tersebut.

Kelab yang layak untuk Liga Juara-Juara AFC, pertandingan kelab utama AFC, dimaklumkan pada bulan Julai bahawa semua isu kewangan yang tertunggak mesti diselesaikan sehingga 31 Ogos manakala peraturan yang sama disediakan untuk pasukan yang bermain di Piala AFC.

“Kami cuba membayar David melalui wakilnya bulan lepas,” kata Setiausaha Kedah, Datuk Aminuddin Omar kepada ESPN FC.

“Kami menyedari pesanan FIFA untuk membayarnya, tetapi ada masalah transaksi yang memindahkan wang kepada wakilnya.





“Kami masih berhutang gaji lima hingga enam bulan, dan berhasrat untuk membayarnya, tetapi kami cuba menyelesaikan masalah itu pada masa ini.”

Datuk Aminuddin berkata beliau tidak dapat mengesahkan apabila pembayaran itu selesai. Namun, dengan tarikh akhir 31 Ogos ini, masa begitu suntuk bagi Kedah dan penglibatan mereka dalam Piala AFC 2018.

Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP), yang menguruskan liga Malaysia dalam isu ini, berkata badannya sedang membuat pemantauan.

“Kami mengawasi isu ini,” katanya kepada ESPN FC. “Semestinya perkara ini akan memberi kesan kepada penyertaan mereka dalam Piala AFC.

“Ini adalah sejajar dengan peraturan AFC untuk semua kelab yang bersaing untuk mempunyai kewangan yang stabil.”

David Mitchell meminta peningkatan dalam pentadbiran liga di Malaysia.

“Perkara tentang bola sepak Malaysia ialah terdapat banyak pemain yang baik, dan para pnyokong yang begitu bersemangat, tetapi ada banyak wang yang telah dibazirkan secara sia-sia,” katanya kepada ESPN FC.

“Ia sepatutnya kembali ke dalam permainan untuk membantu pemain muda dan liga mereka. Saya yakin dengan bola sepak Malaysia namun pentadbiran liga perlu dipertingkatkan.

“Tetapi bukan hanya itu … Saya sangat sedih melihat kelab yang hebat seperti Kedah akan disingkir keluar dari Piala AFC jika mereka tidak membayar, saya tidak mahu itu. Amat menyedihkan jika itu berlaku kerana mereka adalah kelab yang hebat.”

David Mitchell dipecat setelah harungi 10 perlawanan dengan 13 mata dan Kedah berada ditangga ke-5 Liga Perdana. Jurulatih Tan Cheng Hoe telah dilantik menggantikan beliau pada Mac 2014.

ESPN/Bazookapenaka.my

Comments

comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!