Liga Super

Elak Tersingkir Ke Liga Perdana, PKNS FC Cari Pengganti Elavarasan

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh PKNS FC sebentar tadi, pihak pengurusan kelab berkenaan mengesahkan Ketua Jurulatih pasukan Liga Super, E. Elavarasan direhatkan berkuatkuasa serta merta.

Sepanjang kekosongan jawatan Ketua Jurulatih, pasukan Liga Super PKNS FC akan dipangku oleh pembantu jurulatih iaitu Adam Abdullah sehinggalah Ketua Jurulatih yang baharu dilantik oleh pihak pengurusan kelab.

Keputusan drastik oleh PKNS FC ini diambil bagi memastikan pasukan PKNS FC terus bersaing dalam saingan Liga Super dan mengelakkan pasukan kelab terbabit tersingkir ke Liga Perdana pada musim hadapan.

Sehingga 14 perlawanan Liga Super yang dilalui oleh PKNS FC, E. Elavarasan hanya berjaya membawa pasukan tersebut untuk mencatat dua kemenangan dan enam perlawanan dengan keputusan seri.

Keputusan tersebut menyaksikan PKNS FC menduduki tangga ke-10 kedudukan Liga Super dan dibezakan hanya dengan perbezaan jaringan dengan pasukan Melaka yang berada di zon penyingkiran.

Pulau Pinang menduduki tangga tercorot dengan perbezaan 6 mata di belakang PKNS FC.





Selain daripada untuk menghidupkan kembali saingan di Liga Super, pihak pengurusan PKNS FC turut telah menetapkan sasaran untuk layak ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia.

PKNS FC tewas kepada pasukan Perak dengan jaringan 2-0 di Ipoh pada Selasa lalu dalam perlawanan pertama Kumpulan B saingan Piala Malaysia 2017.

Untuk rekod, PKNS FC turut disingkirkan di pusingan kedua Piala FA 2017 apabila ditewaskan oleh Melaka United dengan jaringan 1-0.

E.Elavarasan menyertai pasukan yang mendapat jolokan The Red Ants sejak musim 2015 dan berjaya mengemudi kelab PKNS FC untuk mara ke saingan Liga Super musim ini sebagai naib juara 100Plus Liga Perdana pada musim 2016.

E. Elavarasan bukanlah watak asing dalam arena bola sepak Malaysia. Sebelum ini, beliau pernah membimbing Felda United muncul juara Liga Perdana pada musim 2010 dan membawa pasukan Felda ke peringkat suku akhir pertandingan Piala Malaysia.

Semuanyabola

Comments

comments

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

BERITA BOLA SEPAK SELURUH DUNIA

Copyright © 2017 ArenaBolaSepak.MY

To Top
error: Content is protected !!